Khamis, 17 Mac 2011

Tramontana Kereta F1


A.d Tramontana sebuah syarikat yang terletak di Costa Brava, Sepanyol yang menghasilkan sebuah kereta super (supercar) buatan tangan yang eksklusif yang diberi nama Tramontana. Rekabentuk kereta adalah kombinasi jentera Formula 1 dan sebuah jet pejuang, dan dihidupkan oleh enjin V12 yang menghasilkan 720hp kuasa maksimum. Setiap bahagian pada kereta ini iaitu chassis serta bodyworknya, diperbuat dari carbon fibre supaya kereta tersebut begitu ringan! Harga sebuah kereta ini sekitar 500,00 euro. Ia dilancarkan sebagai konsep pada tahun 2005 di Geneva Motor Show, dan kemudian diubah untuk pengeluaran.

Apa macam? Menarik tak kereta Tramontana? Actually, aku memang suka kereta yang bentuk-bentuknya ala-ala F1 ni. Sebab itulah, aku buat entri ni nak tunjuk kat korang. Aku pasti ramai orang yang belum tahu pasal benda ni kan? Aku nak tengok juga satu hari nanti syarikat Malaysia mampu hasilkan kereta macam ni, lagi-lagi anak Melayu.

Walaupun belum ada kereta atau jurutera yang buat kereta yang power macam Tramontana ni, tapi mungkin di Malaysia akan ada kereta sebegini suatu hari nanti sebab sekarang pon kat Malaysia ada penganjuran menghasilkan kereta lumba sendiri ala-ala F1 juga di peringkat IPTA/IPTS. 










0 ulasan:

Catat Ulasan