Jumaat, 25 Mac 2011

Kisah Paderi Dan Kunci Syurga

Paderi & Kunci Syurga.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar.Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut Dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.










Tanda-Tanda Kematian Umat Islam

Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT;
Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati
maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"

(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini
akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
 
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
 
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
 
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Khamis, 24 Mac 2011

SEJARAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)



Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.



Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Kesedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948. Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti
nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin olehSheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno. Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah. Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah
Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideology perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971. PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan. Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain. Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasanya.


Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar  utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua
Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang). Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang). Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995).

Penantian Yang Penuh Debaran



"Kami menanti dengan penuh debaran akan azan itu" kata Amir

Salam. Nama saya John. Saya ialah seketul paha ayam dalam lauk kari untuk juadah berbuka puasa sebentar lagi. Kawan-kawan lain yang semangkuk dengan saya ialah Toto (kentang) dan Mr. KulitkayuManis.

Kami sedang bertasbih sambil berbincang akan perjalanan yang bakal kami tempuhi setelah menunaikan maksud penciptaan kami sebentar lagi iaitu: menjadi makanan kepada manusia. Kami juga perasan Amir (kurma), Cik Tiq (buah betik), Cici (nasik) dan Alang (bayam merah) kat atas meja ni. Kami semua tak sabar-sabar nak berkhidmat kepada orang yang sedang beribadat kepada Allah ini.

Bila azan Maghrib berkumandang, maka masuklah waktu berbuka puasa. Amir masuk dulu dua tiga bijik. Perjalanan mereka dilancarkan oleh dua tiga teguk air kosong. Orang itu mengambil sepotong Cik Tiq dan melayan syahdu saat berbuka dengan Cik Tiq. Sepotong lagi. Dan lagi. Kemudian orang tu tutup tudung saji dan terus pergi solat dulu. Respeklah kat mamat ni....

Kami semua bertasbih ke hadrat Ilahi kerana bersyukur dipilih untuk menjadi makanan kepada orang sebegini. Lama jugak kami dok berdengung-dengung bawah tudung saji tu, hinggalah ianya dibuka semula. Kelihatan orang tadi datang dengan sekeping pinggan.

Dia menyenduk beberapa senduk Cici, taruk kuah Alang dan kuah saya, ambik Toto sepotong dan saya-sayanya sekali. Dia menjempul ketulan Cici dengan sedikit Alang dan secubit Toto. Kemudian dengan Bismillah, kawan-kawan saya tadi tu pun masuk ke dalam. Kemudian saya dicubit sedikit. Saya rasa berdebar-debar kecuakan walaupun hati saya rasa lapang dan bebas. Saya disuapkan ke dalam mulut. Semuanya menjadi gelap.

Saya rasa bagaikan saya digomol dalam keselesaan dan kemudian dibentuk menjadi bulat-bulat, tiap kali orang itu menelan kami. Kami meluncur laju di dalam esofagus orang itu, menuju ke perut. Mana tak lajunya, kami disaluti oleh airliur dan mukus yang terdapat disekeliling dinding perjalanan kami ni.

Di perut, kawan-kawan yang dah sampai dulu kelihatan berada dalam ketulan-ketulan yang indah. Begitu juga saya. Ketulanku ada sedikit Cici, Alang, Toto dan lebihan gula-gula sugus yang takut dan melekat di celah gigi sejak pagi, tapi decide nak join trip yang kami.

Kami semua landing didasar perut yang sebenarnya sebuah pintu ke alam seterusnya. Kami semua bertasbih lagi sambil menantinanti ketentuan untuk kami. Yang takde ialah Mr. KulitKayuManis. Patutlah dia yang paling happy masa dalam mangkuk tadi...

Setelah lebih kurang 4jam, tibatiba kawasan perut dilimpahi dengan cecair. Kami semua menjadi lembut dan cair dan tibatiba, pintu tempat kami berdiri tu terbuka. Kami semua pun disedut ke dalam usus kecil. Perjalanan kami di dalam usus kecil diraikan oleh penyambut-penyambut tetamu yang sedang menunggu di sekeliling dinding usus. Ramai betul yang berkhidmat untuk orang ini. Sihat-sihat dan bertenaga semuanya. Setiap penyambut tetamu ini, bertugas untuk menyedut zat-zat yang tertentu, yang akan dimanfaatkan oleh jasad orang ini. Supaya orang ini mempunyai tenaga untuk membangun dan beribadat kepada Allah.

Kami semua meneruskan perjalanan kami melalui usus kecil yang berlingkar-lingkar dalam perut orang ini. Dan setiap perjalanan kami, kami semakin mengecil dan keadaan kami yang asalnya cair masa mula-mula masuk usus tadi, dah semakin memejal. Ada antara kami yang terputus-putus tapi mujurlah kandungan serat dalam Amir yang mengetuai rombongan kami ini, mengikat kami bersama semula. Cik Tiq pun tak kurang hebatnya dengan memastikan kandungan air dalam kami ini sentiasa mencukupi. Kami meneruskan perjalanan sehingga masuk ke usus besar.
"Dalam perjalanan, kami terjumpa nota ini"



Di sini, kami yang sudah semakin memejal tadi, menjadi semakin keras pula. Kandungan air dalam diri kami disedut di usus besar. Tapi perjalanan kami ini agak pendek saja. Dan masa on the way, kami melalui kawasan imigresen yang memastikan mereka yang keras kepala macam bijik jambu batu atau duit lima sen, takkan meneruskan perjalanan kerana kawasan dinding selepas ini adalah lembut dan kotor dan jika dinding terluka dek benda keras ni, kuman akan masuk dalam usus.

Kami semua kemudian sampai ditempat dimana kami semua di kompres menjadi ketulan. Amir yang masuk mula-mula berada di depan sekali, dekat dengan pintu ke alam seterusnya. Kami semua lepak sambil menunggu. Air tetap disedut dari kami dan ada antara kami yang mengeras dan menghasilkan gas. Tapi bila gas ni nak keluar ikut rekahan kat pintu depan, mereka akan melalui Amir dan Amir akan menapis gas-gas ini dengan lebihan kulitnya yang tak hadam. Barulah bau gas ini agak mesra sedikit.

Tiba-tiba, kawasan kami ni mengecut dan kedengaranlah kawanan gas sudah melaungkan slogan kebebasan, tanda pintu depan dah dibuka. Kami semua pun meneruskan perjalanan kami dengan Amir sebagai kepala taik, terjun tiruk ke dalam telaga yang nampak mencurigakan...


Rahsia Di Sebalik Kekuatan Iran

Pasca kemenangan bersejarah dan dramatik pasukan “majlis taklim” Hizbullah, Lubnan, rencana Amerika dan Israel untuk membangun Timur Tengah Baru dengan peta dari Tel Aviv, sungai Furat sampai sungai Nil kini tinggal mimpi belaka. Sekarang telah muncul “Timur Tengah Baru” yang dibentuk oleh kehendak perjuangan yang tak pernah mengenal lelah: Hizbullah.

Nah, sekarang mitos pasukan Israel yang tak terkalahkan sudah terhapus dari benak khalayak. Sudah tinggal cerita masa lalu bahawa Israel mampu mengalahkan beberapa negara Arab hanya dalam tempo tiga hari selama perang Arab-Israel.

Menghadapi pasukan majlis taklim—saya menyebutnya pasukan majlis taklim, kerana jumlah tentara hizbullah hanya ribuan dan dengan peralatan yang “kurang canggih dan pas-pasan” bila dibandingkan dengan persenjatan ketenteraan Israel —pasukan Israel bak tikus-tikus yang lari tunggang langgang kerana ketakutan. Pasukan Israel harus menelan pahit kekalahan bersejarah selama perang 33 hari musim panas tahun lalu.
Kemenangan di luar dugaan banyak kalangan tersebut kiranya mampu menepis anggapan sebahagian orang bahawa rasa-rasanya mustahil membebaskan al-Quds dari cengkaman Israel. Bahawa pembebasan Palestin itu mudah jika umat Islam bersepadu, bersatu dan mempunyai tekad bersama yang kuat. Bukankah Imam Khomeini pernah mengatakan bahawa “andaikan setiap Muslim membawa satu timba air lalu dicurahkan ke Israel nescaya seluruh Israel tenggelam.” Ini sebuah ilustrasi yang menarik. Imam Khomeini mengingatkan kita bahawa umat Islam mempunyai potensi besar bila mereka mahu bersatu untuk menumpaskan musuhnya. Persoalannya adalah kita masih sibuk dalam perselisihan dan debat dalaman yang tidak perlu, seperti isu mazhab: Sunnah-Shi’ah, dll.

Jumaat terakhir bulan Ramadhan yang dicanangkan Imam Khomaini sebagai hari al-Quds dan beliau menyebutnya sebagai hari Islam dan hari pembebasan kaum mustadh’afin di seluruh dunia adalah keputusan bersejarah yang sangat cemerlang dan patut diapresiasi secara maksimum oleh umat Islam di mana pun mereka berada. Turunnya jutaan orang di saentero dunia untuk meneriakkan slogan “mampus Amerika”, “mampus Israel” akan menjadi mimpi buruk buat Israel dan isyarat jelas bahawa mereka adalah penjajah dan masa kekuasaan mereka sudah berada di hujung tanduk.

Dunia ke depan mungkin akan menyaksikan serangkaian kejutan-kejutan baru yang di luar dugaan dai pengamatan politik. Sesuatu yang pasti adalah bahawa jarum sejarah dunia selalu menuju ke arah Islam. Bola kini selalu mengarah ke Islam. Siapa menyangka Iran yang dikenakan sekatan ekonomi lebih dari 20 tahun oleh Amerika dan mengalami “babak tragik” selama perang dengan Iraq kini dengan mempunyai kepakaran dalam teknologi nuklear, bahkan Iran mendakwa telah masuk dalam jajaran negera-negara yang menguasai teknologi nuklear! Siapa mengira, akhirnya justeru Hamas yang tidak dikehendaki Barat memimpin majoriti suara di pilihanraya Palestin! Siapa menduga senario Amerika untuk membikin pemerintah boneka di Iraq gagal, dan di Iraq, mereka justeru memasuki lumpur yang sangat sulit bagi mereka untuk keluar darinya.

Sementara itu, di Turki, hembusan angin Islam menerpa muka media ketika kelompok berhaluan Islam mampu memperoleh suara signifikan di parlimen. Turki yang kental berhaluan sekular kini harus berhadapan dengan kelompok Islam yang duduk di kerusi kekuasaan yang tinggi. Dan, Ahmadinejad semakin mengejutkan dan bersinar dan layak disebut “the one man of year” ketika pidato, penampilan santunnya, dan kekuatan logiknya di Universiti Colombia mampu meredam pertanyaan-pertanyaan nakal tentang Iran dan Islam. Dan sekurang-kurangnya selama dua hari media barat dan media dunia sibuk mengulas dan membicarakan orang nombor wahid di pemerintahan eksekutif Iran ini. Benar, Ahmadinejad keluar sebagai the real winner, sedangkan Bush dan baruanyahanya mengisi posisi sebagai runner-up, atau mungkin lebih tepat mereka yang tertewas.

Media Barat selalu berbicara tentang kemungkinan dan semakin dekatnya operasi ketenteraan Amerika terhadap Iran. Mereka melihat bahawa Iran tetap utuh dan tak bergeming pasca penjatuhan dua kali hukuman Dewan Keselamatan PBB yang tidak terlalu berpengaruh secara signifikan terhadap keputusan politik dan ekonomi. Persoalannya apakah mudah menyerang Iran? Apakah Iran seperti Iraq dan Afganistan? Apakah Iran tidak punya peralatan ketenteraan yang tangkas mengimbangi serangan ketenteraan AS? Apakah Amerika dan sekutunya begitu mudah menaklukkan Iran yang terkenal dengan patriotismenya dan semangat syahadah (menjadi syahid di jalan Allah) kerana terinspirasi dengan perjuangan Imam Husayn?
Masih cukup segar dalam ingatan kita bahawa perang Iraq-Iran , di mana Iran di serang dalaman dan luaran oleh lebih dari 30 negara. Tapi apa yang terjadi? Bara revolusi Islam bukan hanya tidak padam, bahkan semakin menyala dan terang-benderang. Tentera Islam Iran mampu merebut kembali beberapa kawasan yang dikuasai oleh Tentera Saddam dengan senjata yang sederhana dan mereka berhasil mencegah cita-cita Saddam dan Amerika. Sehingga hal ini memeningkan Saddam, lalu ia mengunakan senjata Amerika yang dibelinya menerusi Eropah.

Kini, kita tahu bahawa tentera Iran sekarang bukan hanya tidak lemah bahkan jauh lebih kuat secara moral dan persenjataan. Bahkan kementeriaan pertahanan Iran baru-baru ini melaporkan bahawa dalam sebahagian bidang persenjatan penting, Iran sudah mandiri dan “overdoses” alias lebih dari cukup. Tentu tidak semua persenjatan yang dimiliki Iran dipamerkan ke khalayak. Hasilnya dari apa yang diberitakan saja, persenjataan Iran terasa paling canggih di Timur Tengah. Kerana itu, wajar saja dan bukan omong kosong bahawa pemimpin spiritual tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berulang kali menegaskan bahawa serangan ketenteraan sekecil manapun terhadap negaranya akan dibalas dengan pukulan telak dan keras.
Orang yang menilai bahawa kalau Iran diserang oleh AS, maka tamatlah riwayat negeri Mullah ini adalah orang yang tidak tidak baca akhbar atau tidak mampu membeli akhbar sehingga tidak tahu menahu apa-apa. Jika memang Iran mudah ditaklukkan dan diduduki, maka logiknya sejak dahulu Amerika akan melakukan itu, bukan malah menunggu tumbuh besar dan kuat. Sebab, pohon Revolusi yang berkah ini telah tumbuh kuat dan akarnya kukuh serta daunnya menjulur ke angkasa, sehingga mencabutnya bukan perkara mudah, kalau tidak dikatakan mustahil.

Begitu juga simpati rakyat dunia sekarang begitu tampak pada Presiden Iran . Ahmadinejad disambut luar biasa oleh rakyat di negara yang dikunjunginya dalam beberapa kunjungannya di kawasan Asia, Amerika Latin dll. Bandingkan dengan amarah dan demontrasi anti-Bush yang mewarnai lawatannya ke pelbagai penjuru dunia. Menurut hemat kita, hanya ada satu kunci untuk mengalahkan Iran, jauhkan umat dari ulamanya dan padamkan kegiatan majlis-majlis yang menghidupkan peringatan Asyura. Selama di kalbu anak-anak muda Iran masih ada nama Imam Husayn dan perjuangannya dalam membela agama datuknya Nabi Muhammad saw, maka kekuatan apapun di dunia ini tidak akan pernah dapat menumbangkan Republik Islam Iran.

Akhirnya, jika Bush memanfaatkan kegilaan epribadi dan politiknya untuk tetap menyerang Iran, apapun yang terjadi, maka kita akan saksikan peperangan besar yang dampaknya menguasai pentas global. Dan Iran lebih siap untuk menyambut cabaran Amerika. Sedangkan moral pasukan AS saat ini sedang jatuh kerana terbukti banyak tentera mereka yang secara suka rela bunuh diri dan angkanya sangat tinggi dan banyak anak-anak muda lari dari pendaftaran menjadi tentera, sehingga kerana itu kementerian pertahanan Amerika menawarkan mereka dengan gaji yang lebih besar.

Sementara Iran memiliki lebih dari 15 juta pasukan basiji (tentara sukarela dari kalangan rakyat yang terlatih secara ketenteraan). Dan pasukan Iran merindukan kehadiran di tengah medan perang untuk membela Islam dan meneguk madu syahadah. Tidak ada ibu-ibu yang protes kerana anaknya terbunuh seperti yang terjadi di Amerika. Tidak ada isteri-isteri yang menyalahkan pemerintah kerana mengirim suami-suami mereka ke barisan hadapan. Justeru pasukan Iran diantar oleh ibu dan isteri mereka menuju barisan pertempuran untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Pemandangan seperti ini biasa kita saksikan selama perang Iraq-Iran.
Dan jangan lupa bahawa masyarakat Iran sangat setia kepada pemimpin agama. Jika pemimpin spiritiual tertinggi Iran, Ayatullah Ali Khamenei menabuh gendang perang melalui fatwanya maka kita pasti akan menyaksikan majoriti rakyat Iran, tua-muda akan mendukung dan mengamininya, atau bahkan mensyukurinya kerana mereka diberi kesempatan untuk menjadi syahid dan mencatatkan nama-nama syuhada dari keluarga dan kerabat mereka. Masyarakat seperti ini jangan dicabar dan ditakut-takuti dengan perang, tapi ajaklah damai. Kerana bila sedikit saja anda berlaku zalim kepada mereka, maka mereka akan mengejar dan menuntut anda.

Jumaat, 18 Mac 2011

Binatang Yang Bersuara Kuat

Binatang menghantar maklumat untuk alasan-alasan yang sangat spesifik, seperti untuk tanda bahaya atau untuk mengawan.

Beberapa panggilan tersebut begitu keras dapat melalui air atau melalui pokok-pokok dalam jarak yang jauh untuk sampai ke penerima mereka, seperti binatang berikut.

1. Paus Biru


Ketika gajah memijakkan kakinya,getaran boleh didengari sehingga 20 mil melalui tanah. Sebagai informasi gajah juga melakukan komunikasi melalui kaki yang dihasilkan getaran tersebut.

Kajian di afrika mengidentifikasi gajah menghantar maklumat untuk peringatan, untuk menyapa dan untuk mengumumkan..”Let’s go..”.

Suara ini berkekuatan 80-90 desibel, lebih kuat daripada kebanyakan manusia bertempik.

2. Howler Monkey


Binatang ini ditemui di hutan Hujan Amerika. Boleh membesar sehingga mencapai tinggi 4 kaki dan biasa hidup berkumpulan.

Lolongan monyet ini boleh didengari sehingga 10 mil, dan masuk rekod guinness sebagai the loudest land animal.

3. Gajah


Ketika gajah memijakkan kakinya,getaran boleh didengari sehingga 20 mil melalui tanah. Sebagai informasi gajah juga melakukan komunikasi melalui kaki yang dihasilkan getaran tersebut.

Kajian di afrika mengidentifikasi gajah menghantar maklumat untuk peringatan, untuk menyapa dan untuk mengumumkan..”Let’s go..”.

Suara ini berkekuatan 80-90 desibel, lebih kuat daripada kebanyakan manusia bertempik.

4. North American Bullfrog


Namanya berasal dari suara kuatnya, teriakan jauh yang dikeluarkan katak jantan. Suaranya boleh didengari hingga satu setengah mil jauhnya, membuat mereka jauh lebih besar dan lebih ganas daripada sebenarnya.

Untuk membuat suara beresonansi yang digunakan untuk panggilan mengawan, katak jantan mengepam udara bolak-balik antara paru-paru dan mulut dan diseberang pita suaranya.

5. Hyena


Jika anda kebetulan mendengar suara tertawa atau melihat hyena, kami sarankan anda meninggalkan tempat itu.

Hyena membuat staccato, serangkaian suara hee-hee-hee bernada tinggi atau disebut “cekikikan” oleh ahli zoologi ketika mereka sedang terancam, dikejar, atau diserang. Tawa mengganggu ini boleh didengari hingga lapan mil jauhnya.

6. Singa Afrika


Mungkin adalah binatang yang suaranya paling dikenali, raungan singa jantan digunakan untuk memburu saingan dan untuk menunjukan dominasi.

Sedangkan singa betina meraung untuk melindungi anaknya dan menarik perhatian singa jantan. Ngauman singa yang didengari boleh mencapai 5 mil jauhnya.


7. Northern Elephant Seal Bull


Sepanjang garis pantai California, hidup gajah laut berwajah aneh, dengan moncong besar dan bergerak terhuyung-huyung.

Ketika tiba waktunya untuk mengawan, yang jantan mengeluarkan panggilan serupa dengan suara gajah.

Panggilan ini dapat didengari untuk beberapa mil, memungkinkan jantan dan betina yang dekat tahu siapa yang berkuasa

Jenis-Jenis Fitnah

SESUNGGUHNYA fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana Al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. (Ayat 191 dan 217 Surah Al-Baqarah)



Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud: �Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia pada waktu siang jangan tunggu hingga menjelang malam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah.



Ia seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorangMuslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorangkafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit.� (Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripadaAbu Hurairah)



Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusihadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara. Sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selakuPencipta alam maya ini.



Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafik.Ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat keranamahu memburukkan Islam.



Jenis-jenis fitnah terhadap agama Islam

1. Fitnah melalui kepimpinan negara.

2. Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan.

3. Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian.

4. Fitnah melalui ungkapan.

5. Fitnah melalui penulisan.

6. Fitnah melalui iklan produk.

7. Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.

8. Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid.

9. Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat.

10. Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia.



Fitnah melalui kepimpinan negara

Terdapat para pemimpin negara-negara umat Islam, yang tidak segan silu untuk mengisytiharkan bahawa mereka telah melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara dan boleh dikatakan negara mereka adalah sebuah �Negara Islam�. Pada hal pada masa memerintah mereka mentadbir dengan sistem Sekular, Kapitalis, Sosialis danlain-lain.



Ada pula yang tidak menampakkan Islam secara jelas,isteri-isteri mereka tidak memakai hijab (tudung kepala) serta menutup aurat dengan sempurna, tidakkah tindakan mereka itu telah memfitnah Islam secara langsung di hadapan orang-orang bukan Islam yang kelirudan terus keliru.



Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan

Tidak kurang juga terdapat golongan ahli ilmu agama ketikasedang menuntut satu ketika dahulu, telah menanam hasrat untuk lulus cemerlang agar pulang nanti ditawarkan jawatan yang selesa.



Tetapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa ketika menyandang jawatan penting di jabatan keagamaan, mereka tidak menjalankan tugas dengan sempurna, membiarkan perkara mungkar terus berlaku (takut naktegur kerana bimbang tidak dinaikkan pangkat atau ditukar ke jabatan lain).



Tidak cukup dengan itu, idea untuk menyatakan perkara-perkara makruf agar jadi program utama pun terkadang-kadang tidak berani untukdilakukan, bimbang dilabel golongan yang melawan pihak atasan, akhirnya masyarakat jadi keliru kerana golongan ahli agama pun bercakap tidak serupa bikin.



Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian

Disebabkan kerana kurang pendedahan maklumat agama, sama adatidak mahu duduk dalam majlis ilmu agama atau ceramah, maka ramai dikalangan orang Islam ini memperlihatkan penampilan diri mereka benar-benar tidak Islamik langsung.



Ada di kalangan golongan remaja Islam yang bertatu, menampakkan pusat (perempuan), bergelang tangan, berantai dan bertindik (yang lelaki), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu, yang perempuan menyerupai lelaki atau yang lelaki menyerupai perempuan.



Cara bercakap seperti orang bukan Islam, berlepak, merempit tanpa hala tuju hidup, mendurhaka dan melukai perasaan kepada ibu bapa,menyakiti jiran dan banyak, tidakkah semua tindakan itu fitnah terhadap Islam, kerana Islam tidak pernah mengajar penganutnya berbuat demikian.



Fitnah melalui ungkapan

Terdapat di kalangan orang Islam yang memfitnah Islam dengan ungkapan mereka seperti kata-kata: Islam tidak relevan pada zaman orang mengejar Sains dan Teknologi, undang-undang Islam seperti hudud, qisas,takzir dan lain-lain sudah tidak sesuai pada hari ini, ia hanya boleh dilaksanakan di padang pasir pada zaman Rasulullah s.a.w.



Fitnah melalui penulisan

Terdapat juga segelintir penulis yang proaliran songsang yang memperlekeh hukum-hukum Islam dalam blog, rencana atau buku-buku tulisan mereka, ia disifatkan sebagai satu tindakan berani kerana mereka tahu bahawa tindakan itu tidak akan dikenakan apa-apa.



Fitnah melalui iklan produk

Satu lagi fitnah yang tidak dapat dikawal akibat kelemahan para pemimpin negara ialah kecenderung syarikat-syarikat mempromosi produk mereka dengan menggunakan khidmat model-model Melayu/Islam, ada yang mendedahkan aurat, kepala semata-mata untuk menunjukkan bahawa produkmereka cukup berkesan tiada tompok-tompok hitam di badan model.



Fitnah melalui penglibatan dalam sukan, hiburan
Para atlet negara termasuk yang angkat berat disertai atlet muslimah yang cukup menggiurkan ketika menunjukkan aksi mengangkat berat, termasuk dalam sukan jimrama, renang, hoki dan lain-lain.

Begitu juga pendedahan aurat di kalangan penghibur seperti penyanyi, pelakon, pelawak wanita juga tidak kurang yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan jenama mereka sebagai orang Islam.Semua itu dianggap memfitnah Islam kerana menggambarkan seolah-olah Islam membenarkan tindakan itu.



Fitnah berbangga kerana memperbanyakkan masjid

Satu lagi fitnah pada akhir zaman ini ialah terlalu berbangga dengan bilangan masjid yang banyak, tetapi kosong dengan pengajian agama, malah terdapat pula replika masjid yang menelan belanja jutaan ringgit tetapi tidak boleh solat Jumaat di dalamnya.



Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat

Ramai di kalangan pekerja Islam, bukan yang menceburi bidang binaan, yang bekerja dalam bilik berhawa dingin pun tidak melakukan solat fardu atau Jumaat. Terdapat senario di mana ada pekerja Muslim disebuah kilang ditegur majikan yang bukan Islam mengapa mereka tidak pergi menunaikan solat Jumaat.



Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam
Disebabkan tidak menguasai dengan baik ilmu-ilmu fardu ain, makaramai di kalangan individu Islam tidak bercakap benar, melakukan pecah amanah berjuta-juta ringgit, rasuah, penipuan, menggelapkan wang Tabung Haji dan sebagainya, menunjukkan sikap dan akhlak orang Islam sangat kritikal, sekali gus ia memfitnah agama Islam yang suci.



Sesungguhnya mereka itu semua berdosa di hadapan Allah kerana tidak menunjukkan sesuatu tindakan yang baik terutama kepada golonganyang lebih muda ataupun di kalangan bukan Islam yang berpandangan Islam menjana kegiatan yang tidak bermoral.



Justeru, asas kepada pengukuhan jati diri Muslim bersama agama Islam dalam apa jua keadaan, sama ada ketika Islam berada di puncak atau sedang berada di bawah, namun dia tidak akan berganjak walau setapak pun kerana begitu yakin bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diperakui benar di sisi Allah SWT.-Hrkh_


Sumber : Harakah daily



Manusia suka memfitnah kerana :



1.Hendak berjaya dalam pekerjaan.

Contohnya seseorang memfitnah pegawai lain semata-mata inginkan naik pangkat dan sebagainya.



2.Memburukkan peribadi orang lain.

Ini dilakukan kerana hendak menunjukkan diri betul atau mmepunyai kepentingan tertentu.



3.Tujuan tertentu.

Contohnya inginkan sesuatu seperti teman wanita atau tunang orang.Lelaki trsebut memfitnah tunang wanita tersebut demi mendapatkan wanita tersebut.



4.Ingin glamour.

Ada juga yang suka memfitnah kerana inginkan nama,kedudukan,status dan sebaginya.



5.Suka-suka.

Ada juga yg memfitnah kerana suka-suka.



6.Ahli neraka.

Dalam hadis sahih jelas dinyatakan tempat seseorang ke syurga atau neraka ketika ia masih dalam rahim ibu nya.




Mungkin golongan suka memfitnah ini memang menunjukkan ciri2 ahli neraka....

Ia menunjukkan jika kita suka memfitnah,ia tanda kita ahli neraka.



Wallahua'lam.

Khamis, 17 Mac 2011

11 Sebab Akaun facebook akan dimatikan

Hari ini Saya akan memberitahu anda mengapa akaun Facebook kita boleh ditutup oleh administrator.Besar kemungkinan kes seperti ini akan berlaku kepada anda.Hal ini terjadi disebabkan,jika anda melanggar salah satu peraturan yang ditetapkan.Admin Facebook akan mematikan akaun anda dalam masa seminggu.Ini kerana propoganda Facebook iaitu Facebook adalah satu rangkaian sosial yang bersih dan anda akan selamat apabila menggunakan Facebook.
 
11 Sebab Akaun facebook akan dimatikan

Mempamerkan gambar atau video lucah: Ini adalah alasan paling umum mengapa sebuah akaun Facebook akan menangguhkan. Jika anda menggunakan jenis seperti gambar atau video di mana pun di profil anda atau di Facebook, akaun anda akan ditangguhkan bahkan tanpa sebab

Bahasa kasar: Jika anda menggunakan bahasa kasar ketika menulis di mana saja di Facebook, maka mereka boleh menangguhkan akaun anda. Ini umumnya ketika seseorang membuat "Laporan" tentang profil anda.

Profile anda: Jika anda menggunakan nama seorang selebriti atau nama orang lain, bukan nama betul anda sendiri, mereka akan menangguhkan akaun anda.

Berbaur ugutan: Jangan pernah menggunakan profil Facebook untuk mengancam orang untuk kepuasan atau bersuka-suka. Facebook menganggap hal ini sangat serius dan mereka akan akan mengeluarkan anda.

Menggunakan profil untuk Spamming: Jangan menggunakan profil Facebook untuk mempromosikan produk anda atau laman web. Anda dinasihatkan membuat halaman baru atau iklan page untuk promosi produk anda

Terlalu banyak add atau Request rakan:Facebook menghad kepada 20 org rakan sehari untuk di terima(accept)Atau mencari rakan

Malware / Virus: Jika profil anda menghantar virus / jangkitan dengan cara apa pun kepada pengguna Facebook lain mereka akan menghentikan akaun anda

Terlalu banyak kumpulan: Jangan pernah bergabung dengan lebih dari 200 kumpulan sehari. Jika anda melebihi had ini, mereka akan menangguhkan akaun anda.

Lebih dari satu profil: Jika anda menggunakan lebih dari satu profil dari nama yang sama dan maklumat kemudian salah satu atau kedua-dua akaun anda akan ditangguhkan.

Terlalu banyak mesej: Jika anda menghantar mesej terlalu banyak di dinding (wall) kawan anda atau peti mesej, ia akan dianggap sebagai spam.
 
Sama mesej, kandungan yang berbeza: Jika anda ingin menghantar mesej yang sama lagi dan lagi kemudian selalu membuat beberapa perubahan di dalamnya yang lain itu akan dianggap sebagai spam.

Tramontana Kereta F1


A.d Tramontana sebuah syarikat yang terletak di Costa Brava, Sepanyol yang menghasilkan sebuah kereta super (supercar) buatan tangan yang eksklusif yang diberi nama Tramontana. Rekabentuk kereta adalah kombinasi jentera Formula 1 dan sebuah jet pejuang, dan dihidupkan oleh enjin V12 yang menghasilkan 720hp kuasa maksimum. Setiap bahagian pada kereta ini iaitu chassis serta bodyworknya, diperbuat dari carbon fibre supaya kereta tersebut begitu ringan! Harga sebuah kereta ini sekitar 500,00 euro. Ia dilancarkan sebagai konsep pada tahun 2005 di Geneva Motor Show, dan kemudian diubah untuk pengeluaran.

Apa macam? Menarik tak kereta Tramontana? Actually, aku memang suka kereta yang bentuk-bentuknya ala-ala F1 ni. Sebab itulah, aku buat entri ni nak tunjuk kat korang. Aku pasti ramai orang yang belum tahu pasal benda ni kan? Aku nak tengok juga satu hari nanti syarikat Malaysia mampu hasilkan kereta macam ni, lagi-lagi anak Melayu.

Walaupun belum ada kereta atau jurutera yang buat kereta yang power macam Tramontana ni, tapi mungkin di Malaysia akan ada kereta sebegini suatu hari nanti sebab sekarang pon kat Malaysia ada penganjuran menghasilkan kereta lumba sendiri ala-ala F1 juga di peringkat IPTA/IPTS.